Antarabangsa

Inflasi Di Amerika Adalah Kesilapan Mereka Sendiri – Putin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 07 Jun 2022 – Presiden Rusia, Vladimir Putin telah membuat kenyataan bahawa masalah inflasi yang sedang dihadapi oleh Amerika Syarikat (AS) sekarang ini adalah akibat dari kesilapan keputusan negara tersebut dalam mencetak wang dengan kadar yang terlalu tinggi.

Bekalan wang di AS telah meningkat sehingga 38 peratus dalam masa kurang dari dua tahun, dan perkara ini diulas oleh Putin sebagai “hasil akibat pencetakan (wang) yang tidak pernah terjadi sebelum ini”.

Beliau juga menyatakan bahawa AS cuba menyalahkan pergolakan yang terjadi di Ukraine sebagai sebab kenaikan kos sara hidup yang melampau di AS, walhal itu adalah alasan bagi negara tersebut melepaskan diri.

Pada Selasa yang lalu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen telah mengaku bahawa beliau telah tersilap dalam jangkaannya mengenai inflasi. Beliau sebelum ini tidak menjangkakan bahawa inflasi yang terjadi kini adalah di luar kawalan.

Menurutnya, kenaikan harga makanan dan bahan api di AS kini adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan di luar jangkaan.

Berikutan kenyataan Yellen tersebut, Putin menyatakan bahawa inflasi yang berlaku di AS kini adalah akibat daripada kesilapan kewangan dan ekonomi negara itu sendiri dan tiada kena mengena dengan tindakan Rusia terhadap Ukraine.

Rusia kini telah menambatkan nilai matawangnya, Ruble kepada emas dengan menjadikan 5,000 ruble dapat ditukar dengan satu gram emas.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: