Industri K-Pop: Arab Saudi Melabur Besar
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
ARAB SAUDI, 16 Januari 2023 – Arab Saudi telah membuat pelaburan besar dalam industri K-pop Korea Selatan, iaitu kira-kira $500 juta dalam Kakao Entertainment.
Lapor portal antarabangsa, Dana Pelaburan Awam (PIF) Saudi berbuat sedemikian selepas kerajaan mereka ingin mengembangkan minat dalam industri hiburan dan permainan di negara itu.
Bukan itu sahaja, permintaan anime Korea yang semakin meningkat juga meletakkan Saudi di kedudukan baharu, malah Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) yang dilaporkan seorang ‘gamer’, telah menggunakan kekayaan hasil minyak Saudi ke dalam syarikat hiburan.
BACA JUGA: AMARAN! Omicron XBB. 1.5 Berpotensi Jangkiti Individu Divaksin
BACA JUGA: Pesawat Nepal Terhempas, Terburuk Sejak 3 Dekad
BACA JUGA: 1.2 Juta Warga China ‘Hilang’, Jangan Hairan Jumlah Meningkat Kepada 2 Juta 3 Tahun Lagi – PPIM
Pelaburan tersebut menyusuli lawatan Mohammed bin Salman ke Korea Selatan tahun lalu, di mana kedua-dua negara menandatangani beberapa perjanjian pelaburan bernilai $30 bilion.
PIF yang juga dipengerusikan oleh MBS, berharap dapat meningkatkan asetnya kepada lebih $1 trilion menjelang tahun 2025.
Mengulas lanjut, Kakao Entertainment merupakan anak syarikat gergasi Kakao Corp, yang menghasilkan novel web dan webtoon, memainkan muzik, mengurus lakonan K-pop dan terlibat dalam televisyen dan perfileman.
Syarikat itu juga adalah pemilik kepada Melon, penstrim muzik terkemuka Korea dan dikatakan dalam perbincangan untuk memperoleh syarikat produksi filem Korea, Zip Cinema yang telah menghasilkan filem terkenal seperti Parasite.