Antarabangsa

Indonesia Tutup Aplikasi Pelacuran Atas Talian

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

JAKARTA, 27 Mac 2021 – Kerajaan Indonesia telah menutup akaun MiChat yang menggunakan tanda pagar ‘BO’ susulan usaha mereka membanteras kegiatan pelacuran atas talian di republik berkenaan.

‘BO’ yang bermaksud ‘open booking’ itu menjadi istilah popular di Indonesia, digunakan bagi menawarkan perkhidmatan seks secara terbuka dalam aplikasi berkenaan.

“Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia telah mendapat komitmen daripada penyelenggara aplikasi MiChat yang berasal dari China itu bagi menyekat dan menutup akaun-akaun Michat yang digunakan untuk tujuan pelacuran,” kata Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, Johnny G Plate.

Selain ‘BO’, status dan tanda pagar yang sering digunakan oleh mereka yang menawarkan perkhidmatan seks menerusi atas talian adalah #OpenBO, #VCS dan #ChatSex.

Berdasarkan pemantauan oleh kementerian itu, mereka mengesan lebih 1 juta akaun MiChat terbabit dalam menawarkan kegiatan pelacuran menggunakan aplikasi atas talian di republik berkenaan.

Di Malaysia pula, dua wanita ditahan polis dalam satu serbuan pada 19 Mac 2021 di sebuah hotel di Jalan Sulaman, Sabah disyaki mencari pelanggan dan menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi WeChat dan MiChat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Back to top button