Tempatan

Indonesia Tarik Balik Sekatan, Hantar Balik Tenaga Asing Ke Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2022 – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan memaklumkan bahawa negara Indonesia bersetuju menarik balik sekatan kemasukan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) ke Malaysia bermula 1 Ogos ini.

Persetujuan itu dicapai dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama antara Malaysia dan Indonesia yang digariskan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung PDI pada Rabu baru-baru ini.

Ujarnya, kedua-dua negara bersetuju untuk mengintegrasikan sistem sedia ada, antara Jabatan Imigresen dan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) bagi pengambilan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

Integrasi sistem itu akan berperanan sebagai saluran tunggal pengambilan dan kemasukan PDI ke Malaysia dan bakal beroperasi dalam masa tiga minggu lagi di bawah pengawalseliaan Kumpulan Kerja Bersama Malaysia Indonesia.

Justeru, kata M. Saravanan, bagi memastikan sistem saluran tunggal ini beroperasi dengan lancar, satu projek rintis akan dilaksanakan bagi tempoh tiga bulan sebaik integrasi sistem selesai.

“Oleh itu, bagi majikan yang mana kuota pekerja warga asing mereka diluluskan Kementerian Sumber Manusia, mereka digesa segera membuat bayaran levi dengan Jabatan Imigresen.”

“Bagi majikan yang ingin menggajikan pekerja warga Indonesia pula, mereka boleh membuat urusan pengambilan mulai Isnin minggu hadapan,” ujar M. Saravanan.

Terdahulu, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono menegaskan bahawa Indonesia tidak lagi berminat untuk menghantar rakyatnya ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Ia disebabkan beberapa faktor antaranya seperti layanan buruk yang diterima mereka dari pihak majikan.

Selain Malaysia, Indonesia juga tidak lagi akan menghantar rakyatnya ke negara-negara Arab.

Leave a Reply

Back to top button