Antarabangsa

Indonesia Mahu Arab Saudi Melabur Dalam Projek Nusantara

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 02 September 2022 – Indonesia berhasrat mencari pelabur dari Arab Saudi untuk projek pembangunan ibu kota baharunya, Nusantara di Kalimantan Timur, ujar Jeneral Konsul Indonesia, Eko Hartono.

Eko mengatakan bahawa Indonesia menumpukan perhatian untuk menarik pelabur-pelabur Timur Tengah dan China selepas pengasas Kumpulan Softbank Jepun, Masayoshi menarik diri pada Mac lalu.

Pegawai di Indonesia pula menjelaskan bahawa Nusantara akan dibina dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, selari dengan sasaran pelepasan karbon sifar bersih negara dan 100 peratus tenaga baharu dan boleh diperbaharui menjelang 2060.

Dalam pada itu, projek tersebut menelan perbelanjaan sebanyak USD 32 bilion dan dikatakan sejajar dengan Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi yang menggabungkan teknologi tinggi dan alam sekitar serta bertujuan untuk mempelbagaikan lagi ekonomi minyak dan gas negara.

Mengulas lanjut, Eko mengatakan, Arab Saudi telah membuat komitmen awal untuk melabur dalam projek Nusantara apabila Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Pandjaitan bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MBS) di Riyadh awal tahun ini.

Walaupun belum disahkan secara rasmi, Indonesia berharap Kerajaan Arab Saudi akan melabur di dalam projek berkenaan.

Sebelum ini, negara itu merancang untuk memindahkan ibu kotanya daripada Jakarta yang semakin sesak ke sebuah lokasi kira-kira 2,000 kilometer jauhnya di Kalimantan Timur, dan dinamakan ‘Nusantara’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: