Tempatan

Lembab Tangani Kandungan Memudaratkan, MCMC Ambil Tindakan Perundangan Terhadap Meta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 23 Jun 2023 – Susulan tindakan pihak Meta yang dilihat lembab dan kurang memuaskan dalam menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan pada platform mereka, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan terhadap Meta.

Jelas MCMC dalam satu kenyataan media, platform Facebook dibelenggu dengan jumlah kandungan memudaratkan yang signifikan sejak akhir-akhir ini membabitkan elemen Kaum, Institusi Diraja dan Agama (3R), penyamaran, judi dalam talian serta iklan-iklan penipuan.

Lantaran itu, pihak MCMC menghubungi pihak Meta yang merupakan syarikat induk bagi Facebook untuk menurunkan kandungan yang dimaksudkan dari platform berkenaan.

Namun begitu, pihak Meta gagal mengambil tindakan secukupnya dalam menangani isu berkenaan pada platform mereka malah tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam menurunkan kandungan tersebut, biarpun permohonan berulang kali dikemukakan oleh pihak MCMC.

BACA JUGA: Kapal Selam Titan Meletup, Lima Hartawan Disahkan Terkorban

BACA JUGA: Penemuan Kubur Wang Kelian: Empat Warga Thailand Dihadapkan Ke Mahkamah Hari Ini

BACA JUGA: Ideologi LGBTQ: Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM Digesa Wujudkan Garis Panduan Kekang Penyebaran

“Maklum balas pihak Meta yang lembap dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini telah mengundang kebimbangan dan penelitian awam.

Memandangkan tahap kerjasama yang diberikan oleh Meta adalah tidak memadai, pihak MCMC tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran yang selamat dalam alam digital,” memetik kenyataan tersebut.

Kata MCMC, tindakan perundangan itu perlu dalam menyemai kebertanggungjawaban untuk keselamatan siber selain memperkasa perlindungan pengguna terhadap kandungan yang memudaratkan termasuk aktiviti penipuan.

“MCMC tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan menyalahguna platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian secara berterusan, untuk aktiviti siber berniat jahat, phishing, ataupun sebarang kandungan yang mengganggu-gugat kestabilan kaum, keharmonian sosial serta penghinaan terhadap institusi diraja,” tegas MCMC dalam kenyataan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: