Antarabangsa

Individu Bukan Mahram Dilarang Buka Puasa Bersama – Forkopimda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANDA ACEH, 27 Mac 2023 – “Pemilik kedai kopi, restoran, kafe, dilarang menempatkan pengunjung yang bukan muhrim duduk di meja makan yang sama.”

Demikian salah satu larangan yang dikeluarkan oleh Pihak berkuasa wilayah Aceh, bersempena dengan bulan Ramadan.

BACA JUGA: Bazar Ramadan: Bawa Bekas Sendiri Dapat Kurangkan 20% Sampah

BACA JUGA: Dakwaan Berbohong Isu Yayasan AlBukhary, Armada Buat Laporan Polis Terhadap PM, Guan Eng

BACA JUGA: 8 Juta Rakyat Malaysia Hidap Penyakit Anxiety, Pesakit Wanita Terus Meningkat

Selain larangan ini, terdapat beberapa lagi larangan yang dikeluarkan kepada masyarakat Aceh Utara menerusi pekeliling dari Forum Komunikasi Pimpinan Daerah (Forkopimda) Aceh Utara.

Antaranya, penduduk Aceh dilarang bermain permainan video online pada bulan Ramadan dan mereka digalakkan untuk memeriahkan aktiviti belia Islam seperti di sekolah-sekolah pondok.

“Hentikan aktiviti perniagaan, kafe internet, stesen permainan, dan jangan bermain permainan dalam talian, jangan bakar bunga api dan lain-lain jenis permainan yang boleh mengganggu ketenteraman ibadah di bulan Ramadan yang mulia.”

Selain itu, penduduk juga dilarang membuka televisyen di tempat awam dan media visual lain semasa solat Tarawih.

Di samping itu, pemilik kedai kopi/kafe atau tempat makan lain pula dinasihatkan untuk tidak membuka gerai atau menjual makanan dari jam 5 pagi hingga 4 petang waktu tempatan pada bulan Ramadan yang mulia.

“Kedai perlu ditutup 15 minit sebelum solat Isyak dan semua pengunjung tidak boleh berada di dalamnya dan dibuka semula selepas solat Tarawih.”

Tambah pekeliling itu lagi, pusat hiburan dan taman rekreasi pula perlu ditutup sepanjang Ramadan.

“Orang bukan Islam diharapkan dapat menghormati orang yang berpuasa dengan menjauhi tutur kata, tahap tingkah laku, sikap dan perbuatan yang boleh menyinggung perasaan umat Islam dalam menjalankan ibadah puasa dan menjaga keharmonian antara agama demi merealisasikan perpaduan negara dan integriti,” kata pekeliling itu lagi.

Mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan sama ada secara sengaja atau tidak akan dikenakan hukuman menurut Qanun Nomor 11 tahun 2002 tentang Pelaksanaan Aqidah, Ibadah dan Syiar Islam.

“Muspika dan Wilayatul Hisbah akan mengawasi dan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan terhadap mana-mana pelanggaran peruntukan ini,” kata kenyataan itu lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: