Antarabangsa

Elon Musk Cabar Putin Berentap, Ukraine Jadi Taruhan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 18 Mac 2022 – Elon Musk, CEO Tesla dan juga manusia terkaya di dunia telah mencabar Presiden Rusia, Vladimir Putin, untuk berentap satu-lawan-satu dan meletakkan Ukraine sebagai taruhan.

“Dengan ini saya mencabar Vladimir Putin untuk pertarungan satu-lawan-satu. Pertaruhannya ialah Ukraine,” ujarnya dalam sebuah ciapan di laman Twitter.

Ciapan ini mendapat pelbagai reaksi dari pengguna internet. Claire G. Coleman, seorang penulis, menyelar perbuatan Elon Musk ‘mempertaruhkan’ negara orang lain.

“Kamu tidak boleh memperjudikan negara orang lain sebagai taruhan. Ia (Ukraine) bukan milik anda untuk diberikan (kepada Putin),” tegasnya.

Terdahulu, Elon Musk telah menzahirkan sokongan kepada Ukraine, di mana beliau turut menyumbangkan sebuah terminal satelit kepada Ukraine untuk memudahkan rakyat Ukraine mendapatkan akses internet.

Elon Musk adalah manusia terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak RM 919.01 bilion.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: