India Tukar Nama Kawasan ‘Berbunyi’ Muslim
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
GORAKPHUR, 10 September 2022 – Perbadanan Perbandaran Gorakhpur telah mengubah nama-nama kawasan (wad) yang ‘berbunyi’ Muslim melalui draf perintah persempadanan semula.
Pegawai badan sivik itu mendakwa bahawa perubahan itu dibuat demi “konteks sejarah” di mana ada wad yang dinamakan bersempena dengan personaliti ikonik dan pejuang kemerdekaan India.
“Nama baharu ini membangkitkan perasaan bangga,” kata Datuk Bandar Sitaram Jaiswal.
Menurut perintah yang dikeluarkan Perbadanan Perbandaran Gorakhpur itu, Ilahi Bagh kini akan dikenali sebagai Bandhu Singh Nagar, Ismailpur sebagai Sahabganj dan Jafra Bazar sebagai Atma Ram Nagar.
Miya Bazar, Muftipur, Alinagar, Turkmanpur, Ismailpur, Rassolpur, Humayunpur North, Ghosipurva, Daudpur, Jafra Bazar, Qazipur Khurd dan Chaksa Hussain adalah antara nama wad ’berbunyi’ Muslim yang telah ditukar.
Daerah Gorakphur terletak di Uttar Pradesh, kawasan pemerintahan Yogi Adityanath.