Tempatan

Sukar Dapat Stok Telur, Peniaga Terpaksa ‘Catu’ Jualan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 01 Oktober 2022 – Peniaga kedai runcit terpaksa ‘mencatu’ jualan telur kepada pelanggan disebabkan kesukaran dalam memperoleh stok bahan mentah berkenaan, lapor sebuah portal berita tempatan.

Menurut seorang peniaga yang dikenali sebagai Norhayati Abu Bakar, pencatuan itu terpaksa dilakukan bagi memastikan semua pelanggan dapat membeli bahan mentah tersebut biarpun dalam jumlah yang kecil.

“Bagi pelanggan yang beli telur untuk berniaga misalnya di kedai makan, saya hadkan beli sehingga tiga papan kerana bimbang pelanggan lain tidak dapat.”

“Sekarang susah nak dapat telur. Banyak tempat juga cari untuk pastikan bekalan telur sentiasa ada. Sebelum ini pernah stok telur tiada di kedai saya sehingga dua minggu. Ramai pelanggan yang cari telur malangnya stok tak sampai,” katanya.

Sebelum ini, samudera.my pernah melaporkan bahawa pemborong dan peniaga di daerah Gua Musang resah apabila bekalan telur ayam semakin berkurangan sehinggakan tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Kekurangan bekalan itu turut memberi kesan kepada pengusaha kedai makan, pembuat kek dan biskut yang lain.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof bagaimanapun mengatakan bahawa kekurangan bekalan bahan mentah itu bukanlah satu krisis dan akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: