Tempatan

Rumah Setinggan Didiami PATI: Lelaki Didenda RM5,000 & Penjara Sebulan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 26 September 2022 – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dalam satu hantaran Facebook memaklumkan, seorang warga emas berusia 70 tahun didenda RM5,000 atau penjara sebulan atas kesalahan memberi kebenaran kepada pendatang asing tanpa izin untuk tinggal di rumah setinggan yang dibina di atas tanah miliknya.

Suspek, Ag Bujang Pg Ajak yang bertanggungjawab dan menjaga rumahnya itu didapati membenarkan warga Filipina berusia 31 tahun menetap di rumah tersebut tanpa sebarang surat pada 18 Mei 2022 jam 1.45 pagi di Kg Tanjung Pagar, Sipitang.

Oleh kerana telah mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azreena Aziz, suspek yang tidak diwakili peguam semasa mitagasi itu memohon sedikit kelonggaran kepada pihak berkuasa.

Menurut kenyataan Imigresen Malaysia, kesalahan di bawah Seksyen 55E (2) Akta Imigresen 1959/63 akan disabitkan kesalahan penjara setahun atau denda sebanyak RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya sekali.

“Pegawai Pendakwa Abdul Lamit dari Jabatan Imigresen menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran bukan sahaja kepada Ag Bujang tetapi orang ramai supaya tidak hanya membenarkan pendatang tanpa izin berada di premis atau tanah mereka,” lapor kenyataan sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: