Antarabangsa

Logo Halal Mi Beras Perisa Tulang Babi, Jepun Beri Amaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 22 September 2022 – Pertubuhan Nippon Asia Halal (NAHA) telah menarik balik mi beras berperisa tulang babi tetapi memaparkan logo halal pertubuhan itu dari pasaran.

“Tuan-tuan dan puan-puan dari Malaysia dan Singapura, sila lihat status kami di bawah berkaitan produk ini. Produk ini telah ditarik balik dari pasaran,” kata NAHA dalam satu kenyataan di Facebook.

Lampiran yang disertakan menunjukkan sebungkus mi segera yang tidak diketahui jenamanya memaparkan perisa Tonkotsu, Perisa Sup Tulang Babi serta cop halal.

Menurut NAHA,mereka tidak pernah mengesahkan kehalalan produk tersebut dan tanda halal mereka telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Label ini dicetak tanpa kebenaran NAHA. Kami tidak mengesahkan produk sebegini malah produk halal dengan label sebegini. Kami mempunyai sistem yang terperinci untuk menyemak semua butiran.”

Berikutan kejadian ini, NAHA memohon semua pembeli dan pengguna untuk segera melaporkan sekiranya mi beras berperisa tulang babi tersebut masih dijual.

Insiden ini diketengahkan selepas seorang pengguna di Thailand mempersoalkan status halal di bungkusan mi beras tersebut dan segera menghubungi NAHA bagi mendapatkan cerita sebenar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: