Iqtisad Pribumi

Import, Monopoli – Telur vs Beras – Monopoli vs Kartel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

Baru baru ini, Menteri yang jaga hal ehwal makanan negara, YB Mohamad Sabu mengumumkan akan import telur ayam daripada luar negara bagi memenuhi keperluan domestik. Penyokong politik pihak Kerajaan mempertahankan dasar ini kerana kononnya beras pun kita import dengan monopoli oleh Syed Mokhtar Al Bukhari dan BERNAS.

Import bermaksud membeli, membawa MASUK barang daripada luar negara manakala eksport pula membawa KELUAR barang daripada dalam negara.

Secara perbandingan, Malaysia sekarang ialah antara 5 negara pengeksport tertinggi telur ayam di dunia. Walaupun telur tidak cukup dalam negara, telur dijual ke luar negara. Adakah telur menjadi tak cukup kerana telur yang dihasilkan dalam negara dieksport keluar?

Dalam satu mesyuarat bersama Menteri Ekonomi dan wakil-wakil daripada Persatuan Perniagaan Cina yang juga pengeksport suatu ketika dulu, saya telah menimbulkan satu isu iaitu industri eksport kita seolah-olah mempunyai autonomi bebas sendiri dan tak boleh dikacau. Dalam realiti, sudah “diverge” keluar daripada kepentingan negara dan rakyat walaupun pihak Kerajaan berbangga dengan statistik eksport yang muluk-muluk. Saya mencadangkan Kerajaan mengambil alih hasil dan halatuju eksport supaya ia memberi manfaat maksimum kepada rakyat. Wakil persatuan Cina terus melompat, kondem saya!

Jika melihat kepada syarikat penjual ayam,
1) LTKM – Pengarah Eksekutif: D Tan Kok.
2) QL Resources – Chia Song Kun Pengarah Kumpulan.
3) Lay Hong Bhd – Yap Hoong Chai.
4) Teo Seng Capital – Hiok Joo Nam
5) CCK – Tiong Su Kok

Mereka inilah antara yang mengawal bekalan telur ayam di Malaysia. Kalau mereka jual telur dalam negara, dikatakan mereka tak dapat eksport. Kalau mereka eksport, bekalan telur dalam negara tak cukup. Kalau diberi pilihan, mereka pasti mahu eksport semua hasilan telur kerana eksport lebih menguntungkan mereka.

Kerana para pengeksport beroperasi atas doktrin Dominant Currency Pricing (DCP) iaitu mereka buka akaun matawang dolar Amerika lalu semua hasil eksport masuk dalam bentuk dolar. Kalau kena bayar cukai, mereka tukar sikit daripada dolar itu kepada ringgit lalu diberi kepada Kerajaan. Kalau macam ini, negara rugi kerana dolar tak dapat dimanfaat semaksima mungkin untuk rakyat negara.

Di Jepun, syarikat mereka menggunakan seluruh dolar diperoleh untuk mengimport barang keperluan masuk untuk rakyat negara itu.

Sekarang Menteri Makanan YB Mohamad Sabu mahu mengimport bilamana dasar kita dolar hasil eksport tidak digunakan untuk import. Maknanya, YB Mohamad Sabu akan menyebabkan syarikat pengimport telur menukar ringgit kepada dolar dengan Licensed Onshore Bank (LOB), lalu menghalang ringgit daripada jadi kuat.

Import telur tak boleh disamakan dengan import beras kerana:
1) Malaysia tidak mengeksport beras.
2) Pengeluaran beras negara tak cukup untuk bekal keseluruhan keperluan rakyat.
3) Dalam perbahasan Parlimen ketika meluluskan penubuhan BERNAS, dinyatakan bahawa jika meningkatkan pengeluaran beras, tiada “comparative advantage“, lebih menguntungkan jika defisit keperluan diimport dan BERNAS diberi hak MONOPOLI dalam import beras. Ini diluluskan oleh Perdana Menteri yang ketika itu Menteri Kewangan. Lagi teruk lagi Anwar Ibrahim lah yang menjual saham Menteri Kewangan Diperbadankan ke pasaran bebas Bursa Saham hingga akhirnya orang seperti Syed Mokhtar dan Shahidan Kassim terpaksa masuk beli saham supaya tak jatuh ke tangan asing.

Semasa pembahasan menubuhkan BERNAS pada 1994 juga, BERNAS diwajibkan membeli daripada pesawah pada harga tertentu, menjadi Buyers of Last Resort untuk hasil pesawah padi.

Perdana Menteri dan penyokong parti Pakatan Harapan dah tak boleh “demonize” atau memburukkan monopoli kerana monopoli oleh satu pembekal bukan lagi benda buruk kerana selalunya di seluruh dunia, pihak pemerintah yang memberikan hak hak monopoli kepada satu pihak dengan balasan pemonopoli tak boleh bertindak bebas.

Dalam undang-undang anti-trust dan di Malaysia, Akta Persaingan 2010, tidak menyebut monopoli secara khusus kerana monopoli bukan masalahnya.

Kita tahu Anwar Ibrahim dan penyokong Pakatan Harapan masa jadi pembangkang dulu galak menggunakan label monopoli untuk bantai dasar-dasar Kerajaan. Itu semua dah dibuktikan salah, kerana monopoli bukan isu. Isunya benda benda lain. Seperti isu telur ayam, isunya ialah kartel yang mengawal bekalan dan kita tak dapat buat apa-apa terhadap mereka.

Hezri Sardi
Bendahari Dewan Perniagaan Melayu Melaka (DPMM)/ Penyelidik Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: