Tempatan

Gempa Turkiye: Malaysia, India Hantar Kumpulan SAR Bantu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 10 Februari 2023 – Malaysia dan India telah menghantar pasukan bagi membantu operasi-operasi di selatan Turki setelah ribuan buah bangunan telah runtuh susulan dua gempa bumi yang kuat melanda rantau itu.

Malaysia telah membuat pengumuman berkenaan penghantaran kumpulan Special Search and Rescue Team (SMART) untuk membantu kumpulan penyelamat Turki, di mana kumpulan SMART tersebut telah mendapat pengiktirafan oleh International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG).

Malaysia akan menghantar sekumpulan 70 individu yang berkemahiran tinggi dari SMART yang terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Perubatan Diraja dan Unit K9.

BACA JUGA: Gempa Turkiye – Syria: Kedutaan Turki Pohon Barangan Keperluan Buat Mangsa

BACA JUGA: ‘Pintu Pagar’ Ke India Penyebab China Datang Ke Alam Melayu

BACA JUGA: Penang Heritage Trust Rayu MBPP Sekat Roboh Rumah Kedai

Kebanyakan daripada pasukan SMART juga akan meneruskan tugasan mereka di beberapa lokasi terpencil di Adana dan Gaziantep.

Manakala India pula pada Isnin lalu telah menghantar lebih dari 50 anggota penyelamat termasuklah barangan keperluan, ubat-ubatan serta beberapa unit mesin pengorek.

Puluhan ahli pasukan hospital medan tentera juga telah dihantar ke Turki bagi membantu menerusi kemudahan perubatan di mana mereka telah menyediakan kemudahan yang melibatkan 30 buah katil.

Dua buah gempa bumi yang masing-masing bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berlaku pada Isnin lalu telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: