Imam Masjidil Aqsa Jadi Target Bunuh Kumpulan Sayap Kanan Zionis Israel
BAITULMUQADDIS, 16 Oktober 2023 – Imam Masjidil Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri dipercayai tersenarai dalam sasaran bunuh kumpulan sayap kanan zionis Israel.
Dedah portal berita Timur Tengah, senarai tersebut disiarkan menerusi salah satu saluran Telegram Israel yang menghasut keganasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.
Individu lain yang dikenal pasti dalam senarai tersebut termasuk pemimpin agama, tokoh politik, wartawan, pegawai awam, aktivis pelajar serta beberapa ahli Hamas dan pejuang Palestin.
Turut didedahkan, saluran sama menyeru agar agensi penguatkuasa undang-undang menangkap dan menyoal siasat mereka yang tersenarai, seterusnya dibawa ke muka pengadilan.
Pihak zionis itu juga menyeru agar diadakan serangan ke atas institusi masjid, universiti dan premis perniagaan.