Iktiraf Hak Pribumi, Australia Buat Referendum Ubah Perlembagaan
SYDNEY, 23 Mac 2023 – Sebuah referendum bagi mengubah Perlembagaan akan dikemukakan kepada rakyat Australia bagi mengiktiraf penduduk Orang Asli dan penduduk Pulau Selat Torres.
BACA JUGA: Cubaan Batal Kebenaran Tukar Agama Kanak-Kanak Unilateral, Islam Makin Tercabar
BACA JUGA: Kementerian Akan Kaji Dakwaan Malaysia Bakal Kehilangan 2.3 Juta Hektar Hutan
BACA JUGA: Teks Khutbah Jumaat Perjelas Isu Akidah, Bendung Gejala Murtad
Kerajaan Australia pada Khamis lalu telah mendedahkan persoalan yang dikemukakan dalam satu pungutan suara Persekutuan yang dicadangkan pada akhir tahun ini untuk mengiktiraf Orang Asli dan penduduk Pulau Selat Torres secara berperlembagaan.
Menurut Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, soalan referendum yang akan dikemukakan kepada rakyat Australia ialah “Undang-Undang Yang Dicadangkan: untuk mengubah Perlembagaan bagi mengiktiraf Orang Asal Australia dengan menubuhkan Suara Orang Asli dan penduduk Pulau Selat Torres. Adakah anda meluluskan pindaan yang dicadangkan ini.”
Rakyat Australia akan diminta untuk mengundi antara Oktober dan Disember bagi meminda Perlembagaan dalam usaha untuk mewujudkan jawatankuasa perundingan di Parlimen yang dipanggil Suara Orang Asli dan penduduk Pulau Selat Torres.
Jawatankuasa tersebut berperanan untuk memberikan nasihat yang tidak terikat kepada Parlimen dalam hal-hal yang mempengaruhi Orang Asal.
Untuk makluman, Orang Asli dan penduduk Pulau Selat Torres yang mewakili kira-kira 3.2 peratus penduduk Australia, pada masa ini tidak disebut dalam Perlembagaan.
Mereka juga berada di bawah purata kebangsaan dalam kebanyakan aspek sosio-ekonomi dan mengalami kadar bunuh diri, keganasan domestik dan pemenjaraan yang tinggi.
Albanese telah mempertaruhkan melaburkan sebahagian besar modal politiknya dalam referendum tersebut di mana sebarang pindaan kepada Perlembagaan memerlukan referendum kebangsaan.