Tempatan

Iklan Rasuah Doktor: SPRM Bersihkan Rumah Sendiri Dahulu – Persatuan Perubatan Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyelar video yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan rasuah di mana video tersebut memaparkan seorang doktor mengambil rasuah dalam mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) palsu.

“Kami menggesa supaya SPRM mengeluarkan permohonan maaf terbuka berkaitan video tersebut yang kami anggap tidak sensitif, dan alang-alang itu, bersihkan ‘halaman rumah’ mereka sendiri,” demikian menurut MMA, seperti yang dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today.

Persatuan yang menghimpunkan pengamal perubatan negara ini menyifatkan video tersebut sebagai sebuah penghinaan kepada bidang perubatan.

“Video terbabit merupakan sebuah penghinaan terhadap kemurnian dan imej bidang perubatan.”

Video tersebut juga mendapat kritikan hebat dalam kalangan pengguna Internet.

“Mereka dibayar dengan rendah. Bagaimana kamu boleh buat babak yang tak masuk akal ini? Mereka tak ada masa untuk makan dan ke tandas, dsb. Ini adalah sebuah penghinaan,” ujar seorang pengguna laman Twitter.

Baru-baru ini Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah dipersoalkan susulan pembelian saham pada tahun 2015 yang beliau dakwa dilakukan oleh adik beliau menggunakan akaun beliau.

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) pada 5 Januari baru-baru ini menyatakan bahawa lembaga tersebut berpuas hati dengan penjelasan oleh Azam Baki dan mendapati tiada unsur jenayah dalam transaksi tersebut.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: