Tempatan

Iklan Judi & Hari Raya Hina Agama Islam – MAPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 16 April 2021 – Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid menggesa pihak berkuasa segera menyiasat iklan hari raya yang mempromosi sebuah skim judi kasino atas talian bergelar GDBet333 seperti yang tular di laman sosial.

“Mempromosi judi untuk mencuba nasib untuk sambutan Hari Raya Puasa seperti yang diiklankan bukan sahaja mengeskploitasi orang ramai malah menghina agama Islam.”

“Apa yang sangat dikesal ialah GDBet333 menggunakan iklan sambutan Hari Raya Puasa. Iklan itu menarik orang ramai di kalangan masyarakat Islam berjudi untuk bergembira kerana boleh bertaruh nasib memenangi tawaran wang dari permainan kasino atas talian tersebut.”

Ujar Mohd Azmi, berdasarkan semakan di internet, GDBet333 yang dipaparkan beroperasi di Malaysia dan Singapura sebagai permainan kasino atas talian.

“Kami mendapati GDBet333 menyediakan perkhidmatan perjudian dalam talian yang boleh diakses melalui telefon pintar dalam bentuk iOS ataupun Android.”

Oleh itu, MAPIM mendesak pihak berkuasa mengharamkan iklan tersebut dan mengambil tindakan terhadap pihak yang berkenaan.

“Kami mendesak iklan itu diharamkan dan pihak berkuasa bertindak ke atas pihak berkenaan berlandaskan undang-undang yang ada.”

“Kerajaan tidak boleh berkompromi dalam hal ini walaupun ia mungkin diberi lesen. Judi di negara ini sepatutnya dibanteras sepenuhnya,” tegas Mohd Azmi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: