Tempatan

Ikan Siakap Punya Harga, Alim Warak Jadi Mangsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Baru-baru ini kecoh di media sosial ikan siakap harga kayangan di sebuah restoran terapung di Langkawi. Terkejut juga penulis melihat resit seekor ikan berharga lebih RM1,000. Harga yang sangat tidak masuk akal.

Seperti biasa, netizen telah memulakan serangan dengan mengecam peniaga di media sosial. Walau bagaimanapun, pihak peniaga sudah memberi penjelasan bahawa beliau sudah memberitahu pelanggan sebelum dimasak ikan tersebut yang seberat 7kg.

Apa yang menjadi perhatian penulis adalah penjelasan peniaga melibatkan perwatakan pelanggan berkenaan yang dikatakan alim tetapi sengaja membesarkan isu yang telah dipersetujui sebelumnya.

“Saya betul-betul tak sangka orang yang berperwatakan alim dan warak sanggup buat kerja seperti ini, sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak,” dakwa pemilik restoran berkenaan.

Namun, penulis tidak setuju dengan penggunaan bahasa alim dan warak itu. Tidak perlulah kita melibatkan perwatakan seseorang itu dengan agama. Perkataan alim dan warak itu sendiri membawa maksud yang tertinggi dalam agama Islam.

Semua pelanggan perlu bersikap bijak apabila berkunjung ke restoran seumpama itu bagi mengelak rasa tertipu.

Tidak dinafikan bukan semua pelanggan akan teliti dan mengambil sikap bertanya dahulu namun, pemilik restoran juga perlu bersikap lebih bertanggungjawab.

Tidak semua orang mampu. Ada yang mempunyai anak yang ramai tetapi ingin berbelanja makan sedap dan mewah sedikit berbanding hari-hari biasa.

Kepada peniaga-peniaga di luar sana, berniagalah dengan telus, niat kerana Allah SWT. Janganlah menganiayai pelanggan kerana nasib semua orang tidak sama.

Percayalah setiap rezeki datangnya dari Allah SWT.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: