Tempatan

PDRM Buka Laporan Kes ‘Rahsia Mafia Korporat’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Mac 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes berdasarkan laporan artikel bertajuk ‘Rahsia MAFIA Korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long Peralat Penguatkuasa Terbongkar’.

Menurut Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengesahkan telah menerima laporan polis pada 25 Mei 2022 dan kertas siasatan telah dibuka.

BACA JUGA: JAKIM Gesa Peniaga Dekorasi Al-Quran Buat Semakan

BACA JUGA: Arab Saudi Umum Peraturan Baharu Sempena Ramadhan

BACA JUGA: Rugi Puluhan Ribu, Jemaah Umrah Digalakkan Ambil Insurans

“Laporan tersebut menyatakan wujud salah laku dan penyelewengan kewangan melibatkan wang berjumlah lebih kurang RM30.7 juta dalam pengurusan Syarikat Caely (M) Sdn Bhd (anak syarikat milik Caely Holdings Berhad).”

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan pecah amanah jenayah oleh ejen.

Ujar Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin lagi, satu laporan polis juga telah dibuat oleh polis pada 21 September 2022 di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menyebabkan hilangnya keterangan mengenai suatu kesalahan yang dilakukan atau memberi maklumat palsu mengenai kesalahan itu bagi mengelakkan pesalah daripada hukuman.

Malah, kedua-dua kesalahan itu juga sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada 27 Februari lalu untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, sebuah media melaporkan, sekumpulan Mafia diketuai ahli perniagaan Datuk Victor Chin Boon Long (CBL) melakukan cubaan merampas syarikat senarai awam Caely Holdings Berhad (Kini Classita Holdings Berhad) dan Revenue Group Berhad.

Kemelut perebutan kuasa Ahli Lembaga syarikat itu menyebabkan kejatuhan harga saham dan melibatkan agensi penguatkuasaan, penyiasatan, penahanan dan pembekuan akaun Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.

Berikutan itu, Caely Holdings Bhd telah memfailkan laporan polis terhadap 12 pemegang saham, termasuk bekas Pengarah Urusannya, Datuk Chuah Chin Lai dan isterinya Datin Fong Nyok Yoon yang merupakan pengasas syarikat, kerana didakwa menyeleweng dana hampir RM31 juta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: