Antarabangsa

IDF Dakwa Israel Punya “Kawalan Operasi” Terhadap Sempadan Gaza-Mesir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 31 Mei 2024 – Pihak ketenteraan rejim Israel telah membuat pengumuman bahawa mereka telah berjaya memperoleh kawalan penuh terhadap sempadan Gaza dan Mesir, menerusi sebuah kenyataan yang dibuat oleh jurucakap tentera rejim tersebut, Daniel Hagari.

Kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu lalu tersebut adalah merujuk kepada Philadelphi Route yang merupakan kod nama yang digunakan oleh Israel bagi kawasan tersebut.

Hagari juga telah menyifatkan laluan tersebut sebagai “jalur hayat” yang digunakan oleh Hamas dalam menyeludup senjata serta melancarkan serangan terhadap Israel.

Dalam kenyataan yang sama juga Hagari mendakwa bahawa banyak peluru berpandu telah ditemui di kawasan yang berhampiran dengan sempadan Mesir itu.

Selain itu, beliau turut mendakwa bahawa Hamas sebelum ini telah menggunakan kawasan tersebut untuk melancarkan serangan ke arah Tel Aviv dan bandar-bandar Israel yang lain.

Dakwanya lagi, pihak ketenteraan Israel turut menemui sekitar 20 terowong yang telah dibina oleh Hamas di bawah bandar Rafah sebagai sebahagian daripada “strategi parisai manusia” yang digunakan oleh kumpulan pembebasan Palestin itu.

Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dinafikan oleh beberapa pihak seperti media Al-Qahera News di mana media tersebut menyatakan bahawa “Israel telah menggunakan tuduhan tersebut dalam usaha justifikasi operasi mereka di Rafah dan memanjangkan peperangan bagi tujuan politik.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: