IDF Belasah Muslimah Solat, Mengaji Quran di Perkarangan Masjid Al-Aqsa
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BAITULMAQDIS, 10 Mei 2022 – Tular video beberapa tentera zionis Israel menyerang dan membelasah beberapa orang Muslimah yang sedang beribadah di perkarangan Masjid al-Aqsa baru-baru ini.
Kejadian tersebut telah didedahkan oleh Times of Gaza di media sosial Twitter milik organisasi tersebut.
Dalam rakaman itu, beberapa orang tentera zionis menyerang jemaah Muslimah yang sedang beribadah, menjatuhkan mereka ke atas tanah sebelum dihalau keluar daripada perkarangan rumah Allah itu.
Laknatnya lah Israel ni. Wanita tengah solat dan baca Quran pun dibelasahnya. pic.twitter.com/NQjIdDk3DB
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 7, 2022
Ramai netizen meluahkan rasa simpati mereka terhadap mangsa-mangsa kekejaman ini, dan ada yang mempertikaikan ketiadaan laporan daripada media antarabangsa mengenai kejadian ini.
Ramai mengutuk kekejaman Israel terhadap kaum wanita dan kanak-kanak umat Islam di Palestin dan ada yang mengecam tindakan pemimpin negara-negara Arab yang tergamak menormalisasikan hubungan diplomatik dengan penjajah zionis itu.