Antarabangsa

Identiti Terbongkar, Bekas Tentera Israel Larikan Diri Dari Qatar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 01 Disember 2022 – Bekas tentera rejim haram aparteid Israel melarikan diri dari Qatar selepas identiti ketenteraannya terbongkar lantas mendedahkan penglibatannya dalam pembunuhan ribuan rakyat Palestin.

Media antarabangsa melaporkan, Guy Hochman, 34 tahun, merupakan bekas tentera rejim haram yang memasuki Qatar dan menyamar sebagai pelawak dengan tujuan untuk membuat kandungan video lucu. Katanya dalam sebuah rakaman bahawa dia pergi ke Qatar untuk berdamai.

Namun begitu, Samar Dahmash Jarrah, hos radio dan penulis Palestin-Amerika membongkarkan identiti tentera itu di laman Twitternya menerusi sebuah video dengan mesej dalam bahasa Arab yang bermaksud, “Dedahkan mereka. Penjenayah.”

Dalam video tersebut, Samar berkata bahawa Guy Hochman memperkenalkan dirinya sebagai pendamai, tetapi sebenarnya merupakan seorang askar pembunuh. Penulis itu turut mendedahkan bahawa Guy Hochman adalah Komander Batalion 932 dalam Briged Nahal Tentera Pendudukan Israel (IOF).

Guy pernah berkhidmat dalam unit tentera yang membunuh ribuan rakyat Palestin dalam Intifada Pertama dan Kedua sekali gus memerangi dan membunuh seluruh keluarga Palestin semasa peperangan Israel di Gaza.

Sementara itu, dilaporkan, Guy Hochman sepatutnya berada di Qatar sehingga Piala Dunia FIFA 2022 tamat, namun dia menempah tiket dengan pantas dan kembali ke tanah pendudukan Israel.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan, peminat Piala Dunia FIFA 2022 enggan ditemuramah oleh wartawan rejim haram aparteid Israel sekali gus memboikot wawancara sebagai solidariti dengan rakyat Palestin.

Mereka juga diseru untuk meninggalkan Qatar secepat mungkin menyebabkan mereka terpaksa menyembunyikan identiti mereka semasa berada di sana.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: