Tempatan

Tragedi Funfair Haram Puncak Alam: 2 Wanita, Seorang Kanak-Kanak Tercampak Dari ‘Sotong Ride’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 13 Disember 2022 – Dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas tercampak keluar ketika menaiki permainan dikenali sebagai ‘sotong ride’.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian di sebuah ‘fun fair’ di Eco Grandeur Bandar Puncak Alam selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.50 malam tadi.

“Mangsa dilaporkan terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘sotong ride’ ketika sedang berpusing.”

“Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka.”

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan lanjut.

“Siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu bagaimanapun masih dijalankan termasuk mengenal pasti identiti mangsa terlibat,” katanya.

Ujar Superintendan Ramli lagi, pesta ria itu turut diarah tutup serta merta bagi siasatan lanjut.

“Arahan itu dikeluarkan selepas polis turut berbincang dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).”

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: