ICC Keluar Waran Tangkap Ke Atas Putin
THE HAGUE, 18 Mac 2023 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Rusia, Vladimir Putin atas pertuduhan jenayah perang membabitkan pengusiran kanak-kanak Ukraine secara tidak sah.
Menerusi pengumuman yang dikeluarkan Jumaat lalu, Putin didakwa melakukan jenayah itu sekurang-kurangnya mulai 24 Februari 2022 di wilayah yang diduduki Ukraine kepada Persekutuan Rusia.
BACA JUGA: Menu Siswa Rahmah RM3.50 Bantu Pelajar B40
BACA JUGA: Solat Terawih: Selangor Larang Guna Khidmat Imam Luar Negara
BACA JUGA: Orang Melayu Lemah, Mudah Pihak Lain Jalankan Agenda
“Terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Encik Putin memikul tanggungjawab jenayah individu untuk jenayah yang disebutkan di atas.”
“(i) kerana telah melakukan perbuatan itu secara langsung, bersama-sama dengan orang lain dan/atau melalui orang lain (artikel 25(3)(a) Statut Rom),”
“Dan (ii) kerana kegagalannya untuk menjalankan kawalan dengan betul ke atas orang
bawahan awam dan tentera yang melakukan perbuatan itu, atau dibenarkan untuk menjalankannya, dan yang berada di bawah kuasanya, kuasa dan kawalan, menurut tanggungjawab atasan (artikel 28(b) Statut Rom).”
Selain Putin, ICC turut mengeluarkan waran tangkap ke atas Pesuruhjaya Presiden untuk Hak Asasi Kanak-Kanak di Rusia, Maria Lvova-Belova, atas pertuduhan sama.
Jelas ICC, pengumuman pengeluaran waran ini dibuat demi mencegah jenayah selanjutnya.
Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Putin kini boleh ditahan sekiranya beliau menjejakkan kaki di mana-mana negara anggota ICC.
Moscow menolak perintah itu sebagai ‘tidak sah atau terbatal’.
“Rusia, sama seperti beberapa negara berbeza, tidak mengiktiraf bidang kuasa mahkamah itu. Justeru dari sudut pandangan undang-undang, keputusan mahkamah itu adalah tidak sah atau terbatal,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.