Tempatan

Ribuan Kontena Dengan Bertan Bahan Buangan Terjadual Diseludup & Diproses Secara Haram

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LEMBAH KLANG, 18 Oktober 2022 – Lebih daripada 1,000 kontena dengan bertan-tan berat sisa elektronik diimport dan diproses secara haram di Malaysia, sekali gus menyumbang kepada pencemaran bahan buangan terkawal di negara ini.

Menurut pemain industri, terdapat sekurang-kurangnya 200 loji yang mengitar semula e-sisa secara haram di negara ini.

Berdasarkan laporan, e-sisa tersebut diperolehi dari beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan United Kingdom.

Logam berharga termasuk emas, tembaga dan aluminium akan diekstrak daripada e-sisa, dan dihantar ke China.

Namun, segala transaksi kewangan telah selesai tanpa memberi sebarang keuntungan kepada Malaysia.

“Walaupun menjadi peneraju dalam perniagaan berbilion dolar ini, Malaysia tidak mendapat apa-apa daripada urusniaga itu tetapi ditinggalkan dengan bahan sampah yang mengandungi bahan kimia berbahaya,” kata veteran industri kitar semula.

Beliau menganggarkan negara kehilangan lebih RM10 bilion hasil cukai setiap tahun, tidak mengambil kira kos yang perlu ditanggung untuk menangani pencemaran kepada alam sekitar, kesihatan rakyat, dan sebarang usaha pembersihan.

Sumber dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa banyak penghantaran sisa ini terlepas dari penguasaan pihak berkuasa kerana kebanyakannya diisytiharkan hanya sebagai sisa atau barangan lain yang dibenarkan.

Seorang pesara pegawai kanan Kastam turut memberitahu adalah sukar untuk mengesan kontena e-sisa ini kerana tidak semua kontena disaring sebelum meninggalkan pelabuhan.

“Perkara ini biasanya hanya dapat dikesan setiap kali pegawai Kastam menjalankan pemeriksaan rambang dan mengimbas kontena yang tertinggal terlalu lama di pelabuhan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: