Tempatan

Nelayan Tertekan, Sungai Dicemari Sisa Industri Jejaskan Pendapatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAPAH, 27 September 2022 – Nelayan setempat di Sungai Labu dan Sungai Chikus di Batang Padang, Perak tertekan selepas pendapatan mereka terjejas akibat pencemaran yang berlaku di sungai-sungai berkenaan.

Pencemaran tersebut dipercayai berpunca dari pembuangan sisa industri dari kawasan berdekatan sungai tersebut sejak beberapa hari lalu menyebabkan ribuan ikan mati.

“Kejadian ini telah menjejaskan pendapatan kami sebagai golongan nelayan,” luah seorang nelayan, Saiful Azam Mohd. Sapari kepada sebuah portal tempatan.

Ujarnya, sisa industri itu juga menyebabkan air sungai tersebut bertukar hitam dan berbau busuk.

“Nelayan setempat terkejut apabila menemui ikan-ikan serta udang galah yang telah mati terapung di sungai berkenaan,” katanya lagi.

Antara hidupan sungai yang ditemui mati terma­suklah ikan lampam, ikan baung, ikan tilapia, ikan putih dan udang galah.

Menurut Saiful, kejadian ini bukan kali pertama berlaku, malah ke­rap terjadi terutamanya pada hari cuti am, seakan-akan memberi petanda bahawa kegiatan pembuangan sisa industri berlaku pada waktu tersebut.

Berikutan itu, aduan telah dibuat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang menyatakan bahawa pihaknya memandang serius aduan daripada nelayan berkaitan isu pencemaran Sungai Chikus tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: