Antarabangsa

Wabak FMD: Usah Risau Makan Daging Lembu – Veterinar Kota Bandung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 14 Ogos 2022 – Jabatan Veterinar Kota Bandung baru-baru ini memaklumkan agar pengguna tidak perlu berasa takut untuk membeli mahupun memakan daging ternakan susulan daripada penularan Penyakit Mulut dan Kuku (FMD).

Menurut jabatan berkenaan, FMD tidak akan menyebabkan penyakit pada tubuh manusia dan ia bukanlah zoonosis kerana ia tidak akan berjangkit daripada haiwan kepada manusia serta sebaliknya.

“FMD bukan penyakit zoonosis. Jadi ia tidak berjangkit kepada manusia. Manusia bukan perumah. FMD hanya menyerang haiwan berkuku nombor genap. Manusia mempunyai bilangan kuku ganjil.”

“Bagi masyarakat, teruskan makan haiwan yang mudah dijangkiti FMD. Tanpa perlu takut dan ragu-ragu. Yang penting prosesnya betul iaitu dimasak mengikut keperluan,” kata Elise Wieke, Pihak Berkuasa Veterinar Kota Bandung, Jawa Barat.

Katanya, virus FMD itu akan mati sekiranya daging itu direbus sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak atau sekadar dibiarkan dalam peti sejuk selama 24 jam.

Justeru, beliau berharap agar orang ramai terus mengambil produk ternakan sama ada segar atau telah diproses bahkan menasihati orang ramai agar memproses produk haiwan segar itu dengan cara yang betul biarpun ia selamat dimakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: