Antarabangsa

Ibu Kesal Anak Murtad Ikut Agama Suami

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 20 Mac 2022 – Seorang pelakon wanita dari negara jiran, Audi Marissa dimaklumkan telah murtad daripada agama Islam secara rasmi dan kini menjadi seorang penganut agama Kristian seperti suaminya, Anthony Xie.

Menerusi satu perkongsian Igstory ibu beliau beberapa hari lalu, Jenar Marissa yang masih kekal beragama Islam meluahkan perasaan sedih serta kesal di atas tindakan anaknya yang membuat keputusan untuk keluar dari Islam.

Menurut laporan dari Intipseleb, Anthony meluahkan perasaan gembira apabila Audi lebih memilih untuk mengikut agama kepercayaannya selepas mereka sah berkahwin pada September 2020.

“Hari ini saya sangat bersyukur memiliki keluarga kerajaan Tuhan melalui misinya karena misi Tuhan. Pasangan saya yang dulunya berkeyakinan lain hari ini ia bisa menjadi seorang murid Yesus, dan saya bisa menikahinya menjadi suami istri,” ujar beliau.

Pelakon sinetron berjudul “Anak Langit” itu menyempurnakan majlis ritual menukar agama di sebuah gereja yang terletak di kawasan Depok pada Jun 2021.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: