Tempatan

Ibu Didakwa Buat Hantaran Gambar Lucah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Julai 2022 – Seorang ibu berumur 25 tahun yang berdepan dakwaan memuat naik gambar lucah di akaun Twitter telah didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, Amira Nur Afiqah Agus Salim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat hantaran dengan memuat naik gambar lucah di akaun Twitter ‘@amiranafqh tahun lepas.

Wanita yang merupakan ibu kepada seorang anak tersebut selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Norhasniah Abdul Razak di Mahkamah Seksyen di Kuala Lumpur.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Nur Nazhzilah Mohamad Hashim mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, manakala peguam Adly Zulfadhly Zulkefly yang mewakili OKS memohon jaminan RM2,000 kerana anak guamnya perlu menanggung seorang anak dan ibu bapanya.

Tambah peguam Adly Zulfadhly Zulkefly, jaminan RM5,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan tidak munasabah kerana anak guamnya tidak mampu membayarnya atas faktor ekonomi memandangkan suami kepada anak guamnya merupakan penyunting video bebas dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah seterusnya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali pada setiap bulan sehingga kes selesai dan menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Ibu kepada seorang anak itu, Amira Nur Afiqah Agus Salim didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui akaun Twitter ‘@amiranafqh’ pada 7.27 malam, 19 Sept 2021.

Peguam, Fatihah Jamhari dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa takrifan gangguan seksual adalah sangat jelas, apa-apa yang tidak diingini dan mengganggu yang bersifat seksual boleh dianggap sebagai Gangguan Seksual.

Menurutnya lagi, mungkin suspek dan orang ramai lupa bahawa Malaysia mempunyai undang-undang yang jelas terhadap Gangguan Seksual di bawah Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta pelbagai lagi Akta Parlimen yang masih berkuatkuasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: