Antarabangsa

Ibu Bapa Kecewa Sekolah Ajar Kewujudan 64 Jantina Pada Pelajar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 17 Mac 2022 – Sekumpulan ibu bapa meluahkan kekecewaan mereka terhadap American School of London (ASL), sebuah sekolah swasta di London yang dipercayai mengajar anak-anak mereka mengenai kewujudan 64 jenis jantina ketika sesi pembelajaran.

“Ibu bapa mendakwa anak-anak mereka diajar wujudnya 64 jantina berlainan ketika sesi pembelajaran kelas kesihatan dan perkara itu amat mengejutkan mereka,” jelas portal Utusan.

Selain itu, pihak sekolah dipercayai mempromosikan agenda perkauman yang dilihat ‘normal’ walaupun Jabatan Pejabat Piawaian dalam Pendidikan, Perkhidmatan dan Kemahiran Kanak-Kanak (OFSTED) England menuntut penambahbaikan segera dari mereka.

Berdasarkan laporan tersebut, lebih 100 ibu bapa menandatangani surat aduan kepada pemangku pengetua sekolah, Sasha McVean kerana terkejut dengan pendirian sekolah swasta itu yang konsisten memperjuangkan elemen perkauman walaupun dihentam hebat.

Sistem pendidikan dan kepimpinan di sekolah itu turut menemui kegagalan selepas didapati sesi pengajaran lebih berasaskan keadilan sosial berbanding subjek khusus pengetahuan dan kemahiran.

Walaupun sedemikian, McVean memaklumkan bahawa semua program yang dilaksanakan mendapat persetujuan daripada pemimpin sekolah bahkan pemeriksaan OFSTED disifatkan sebagai sesuatu yang ‘luar biasa’.

Tambahan pula, sekolah tersebut juga disifatkan gagal kerana melanggar beberapa garis panduan yang ditetapkan di bawah Standard Sekolah Bebas atau ‘Independent School Standards’ seperti ‘menindas’ pandangan beberapa orang pelajar ketika sesi pembelajaran.

Standard Sekolah Bebas turut melarang mempromosi pandangan politik partisan dan menghormati golongan yang mempunyai kepercayaan berbeza.

ASL merupakan sekolah swasta yang pelajar-pelajarnya terdiri daripada 1,400 pelajar dari sekolah rendah hingga menengah atas. Pelajar di sekolah itu mewakili 70 negara dan hampir 50% dari mereka memegang pasport negara lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: