Tempatan

Hutan Simpan Ulu Muda Perlu Dijaga Demi Kepentingan Antarabangsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 04 Februari 2024 – Hutan Simpan Ulu Muda perlu dijaga demi mengekalkan kawasan tanah lembap negara dan habitat hidupan liar, kata Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Prof Dr Ahmad Ismail.

Menurutnya, selain daripada mamalia besar seperti gajah, tapir, rusa, dan beruang madu, hutan simpan itu menjadi habitat kepada lebih daripada 300 spesies burung, termasuk 10 spesies burung enggang sekali gus menjadikan kawasan itu unik dan menarik perhatian dunia.

BirdLife International mengiktiraf hutan simpan seluas 143,155 hektar sebagai kawasan penting burung dan kepelbagaian biologi atau important bird and biodiversity area (IBA) dengan nombor MY002.”

Tambahnya lagi, Hutan Simpan Ulu Muda memenuhi kriteria nombor satu dan tiga bagi IBA, iaitu habitat untuk haiwan yang terancam di peringkat global dan khusus kepada kumpulan spesies tertentu.

Katanya, spesies mamalia besar yang masih ada dan 10 spesies burung enggang menjadikan hutan simpan itu diiktiraf sebagai kawasan yang berkepentingan antarabangsa.

“Justeru bagi menjaga kawasan berkepentingan antarabangsa ini, pelbagai program perlu diadakan terutamanya membabitkan penduduk tempatan dengan diberikan pendidikan berterusan melalui program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA),” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: