Tempatan

Hutan Semula Jadi Malaysia Diancam Hutan Balak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2024 – Pemerhati alam sekitar, RimbaWatch mendakwa sebanyak 2.4 juta hektar hutan semula jadi berada dalam ancaman hutan balak iaitu kira-kira sebesar saiz gabungan Johor dan Negeri Sembilan.

Berdasarkan laporan tahunan RimbaWatch bertajuk ‘State of the Malaysian Rainforest’, hutan balak adalah tekanan utama ke atas hutan semula jadi dan bukan cara untuk mengurangkan tekanan seperti yang dipromosikan oleh pihak berkuasa negeri.

“Walaupun aktiviti pembalakan dipromosikan oleh pihak berkuasa negeri sebagai cara untuk memulihkan hutan terdegradasi dan mengurangkan tekanan ke atas hutan semula jadi, hanya 38 peratus daripada hutan dalam hutan balak terdegradasi,” tegasnya.

Tambahnya, ancaman lain bagi penebangan hutan adalah berpunca daripada projek hidroelektrik, penyahwartaan hutan simpan dan minyak sawit.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu berkata, sekiranya penebangan hutan itu berlaku, litupan hutan Malaysia akan berkurangan di bawah 50 peratus daripada keluasan tanah di bawah litupan hutan dan pokok dalam negara.

“Perkara itu sekali gus akan menyumbang kepada kegagalan terhadap komitmen Malaysia mengekalkan 50 peratus daripada keluasan tanah di bawah litupan hutan dan pokok,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: