Tempatan

Hutan Bandar Johor Bahru Bakal Berwajah Baru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 01 Jun 2024 – Hutan Bandar Johor Bahru, di Johor Bahru bakal berwajah baru apabila Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan RM6 juta bagi menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata kerja-kerja bagi menaik taraf antaranya akan melibatkan pencahayaan, parkir, pintu masuk, taman tema air dan tapak perkhemahan.

“Hutan Bandar Johor Bahru akan berubah wajah, lebih terang dan lebih selamat bagi orang ramai terutama untuk aktiviti malam seperti jogging dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Insentif Khemah Usahawan Mikro Johor yang dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, di Johor Bahru.

Menurutnya, kerja menaik taraf dijangka bermula pada Januari 2026 dan kemungkinan suku keempat tahun depan ia akan dibuka secara berfasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: