Hukuman Mati : Kaji Selidik Kementerian Berat Sebelah – Lukman Sheriff
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 28 Jun 2022 – Peguam, Lukman Sheriff dalam satu kenyataan di Facebook mengatakan kaji selidik Kerajaan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori adalah bersifat berat sebelah.
“Teruk betul soalan-soalan ini. Buruk perangai. Nampak sangat nak selindung.”
Katanya, Kerajaan perlulah menerangkan dahulu apa itu hukuman mandatori dan atas kesalahan apa hukuman mandatori dikenakan, kemudian barulah tanya hendak kekalkan atau tidak.
Lukman turut menyatakan soalan-soalan yang diajukan Kerajaan adalah mengarut.
“Dia tanya kita tahu tak 56 negara masih amalkan hukuman mati. Kenapa tak tanya sama ada kita tahu hampir semua negara Islam mengamalkannya.”
Dalam pada itu, Lukman juga mempersoalkan mengapa Kerajaan mengajukan soalan sama ada mansuhkan hukuman gantung boleh tingkatkan jenayah atau tidak.
“Bukan ke pendirian Kerajaan mahukan discretionary death iaitu ada hukuman gantung juga? Kenapa soalan ini ditanya? Kerajaan nak tolak langsung hukuman gantung ke? Kenapa tiada soalan berkenaan discretionary penalty?”
Mengulas lanjut beliau berkata, soalan kaji selidik sangat bersifat berat sebelah apabila cara menjawab juga mempengaruhi bilangan soalan.
“Siapa mahukan hukuman mandatori mati kena beri alasan. Kalau tidak tak boleh hantar. Kalau tolak tak payah beri alasan. Apa ke benda bias sangat ni?”
Tegasnya, kajian Kerajaan yang berlangsung dalam masa yang singkat itu hendaklah dihentikan.
“Bagi empat hari untuk kaji selidik. Apa punya kaji selidik Kementerian ni. Nanti nak bagi alasan yang menolak berdasarkan ignorance ke?”
“Ini sudah melampau. Kajian ini harus dihentikan. Kenapa soal selidik jadi begini?”