Tempatan

‘Standard’ Soalan BM SK Tidak Sesuai Untuk SJK – Jiao Zong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 09 Januari 2023 – Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) berpandangan, penggunaan bank soalan yang sama dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu (BM) adalah tidak sesuai untuk semua jenis sekolah dan bertentangan dengan prinsip pendidikan.

Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee memaklumkan, jumlah waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) subjek tersebut juga berbeza antara Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK).

Tambahan pula, cara pengajaran di SRJK juga dikatakan berbeza dengan SK kerana BM merupakan bahasa ibunda murid bangsa Melayu.

BACA JUGA: Sujud Terkangkang & Perempuan Imamkan Lelaki Ajaran Buku Teks Dong Zong

BACA JUGA: Bahasa Kebangsaan Bakal ‘Terkubur’ Sekiranya UEC Diiktiraf

BACA JUGA: Produk Ada Gelatin Babi Masih Dijual Dengan Logo Halal – Sumber

“Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan berlainan dalam UASA pertama dan menggunakan kertas ujian Bahasa Melayu yang selaras tanpa mendapatkan pandangan pihak sekolah terlebih dahulu.”

“Kami berasa terkejut dan bimbang serta tidak bersetuju dengan dasar ini.”

“Disebabkan faktor ini, Kementerian Pendidikan selama ini menyediakan buku teks dan waktu pelajaran berlainan untuk SK dan SRJK. Soalan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah atau UPSR sebelum ini juga menggunakan soalan berbeza.”

Justeru itu, Lek Aee menggesa Kementerian Pendidikan memperbetulkan semula dasar berkenaan kerana waktu pelajaran subjek BM tidak sama antara SRJK dan SK tidak kira pada tahap pertama (darjah satu hingga tiga) atau tahap kedua (darjah empat hingga lima).

Dia berkata, waktu PdP subjek Bahasa Melayu di SK dan SRJK masing-masing adalah minimum 192 jam dan 160 jam setahun pada tahap pertama dan 160 jam dan 128 jam pada tahap kedua.

“Disebabkan perbezaan ini, SRJK menggunakan buku teks yang berlainan. Walaupun tema dan kandungannya adalah serupa, tetapi tahapnya adalah berlainan.”

Bukan itu sahaja, dia berpandangan bahawa perkara ini bertentangan dengan prinsip pendidikan, tidak kira Kementerian Pendidikan menaikkan atau menurunkan tahap kesukaran soalan UASA untuk menyesuaikan keperluan aliran sekolah berlainan.

“Ini tidak membantu proses pelajaran serta memberi tekanan dan gangguan kepada murid dan cikgu. Kementerian Pendidikan harus meneliti isu ini bagi mengelakkan ia menjejaskan keberkesanan pendidikan murid.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: