Tempatan

Hujan Dijangka Mulai Turun Beberapa Hari Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Mei 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan cuaca panas yang melanda kawasan beberapa kawasan di negara ini akan berakhir dalam beberapa hari lagi.

Timbalan Ketua Pengarah Operasinya, Lim Ze Hui memaklumkan taburan hujan yang berkurangan menjadi faktor beberapa kawasan berterusan dilanda kemarau.

BACA JUGA: MPK Tawar Diskaun Kompaun Sepanjang Bulan Mei

BACA JUGA: Malaysia Tutup Pejabat Kedutaan Di Sudan

BACA JUGA: Masalah Perundangan Dan Tadbir Urus Punca Isu Teks Bahasa Melayu Belum Selesai – Haniff Khatri Abdulla

“Untuk beberapa hari akan datang kita dapati hujan dan ribut petir mulai berlaku di beberapa tempat di Semenanjung dan Sarawak.”

“Namun begitu, di Sabah kita menjangkakan hujan berlaku di sekitar kawasan kecil dalam masa yang singkat,” katanya.

Oleh itu, beliau menasihati orang ramai agar menghindari aktiviti luar dan pembakaran secara terbuka yang boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada individu.

Sebelum ini, jabatan itu memaklumkan dua kawasan di Semenanjung iaitu di Padang Terap dan Jempol berada di tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah celsius.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: