Tempatan

Hujah Sekolah Vernakular Bercanggah Dengan Perlembagaan Telah Diperdengar Kepada Hakim – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 25 November 2021 – “Kita telah mengemukakan hujahan-hujahan bahawa sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, di hadapan hakim,” kata Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya.

Semalam (dua hari yang lalu) telah berlangsungnya Pendengaran Bagi Kes Mencabar Keabsahan dan Kedudukan Sekolah Vernakular di sisi Perlembagaan.

Jelas Aminuddin di Facebook milik beliau, melalui para peguam, hujahan terperinci telah dirumuskan dan telah pun dikemukakan di mahkamah.

Antara rumusan tersebut adalah Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) adalah bercanggah dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya, penubuhan dan kewujudan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil adalah bercanggah dengan Perkara-Perkara 5, 8, 10, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.

“Plaintif-Plaintif mempunyai locus standi bagi memfailkan tindakan (mahkamah) ini.”

Dan terakhir, mahkamah wajar mengadili dasar dan polisi Defendan Kedua (Kementerian Pendidikan Malaysia) berhubung sistem pendidikan nasional.

Aminuddin turut memaklumkan bahawa pendengaran dan bicara kes ini bakal berlangsung untuk beberapa hari lagi termasuk untuk mendengar dan menilai segala hujahan dari pihak defendan.

“Kita doakan yang terbaik demi kesejahteraan dan kemakmuran tanah air yang tercinta serta generasi anak bangsa akan datang.”

Hj Aminuddin Yahaya merupakan salah seorang plaintif bagi pihak Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang merupakan wakil dari gabungan besar PEMBELA bagi Kes Mencabar Keabsahan dan Kedudukan Sekolah Vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: