Antarabangsa

Hubungan Turkiye-Rejim Israel Tidak Jejas Sokongan Buat Palestin – Erdogan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANKARA, 24 Ogos 2022 – “Langkah yang diambil dalam hubungan kami dengan Israel sama sekali tidak akan menjejaskan sokongan kami terhadap perjuangan Palestin,” tegas Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam ciapan Twitternya kelmarin.

 

Baru-baru ini, Erdogan telah menerima kedatangan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin dan delegasinya ke Turkiye. Beliau berbesar hati dapat menjadi tuan rumah sekali gus menyatakan solidariti dan sokongan negaranya dengan perjuangan rakyat Palestin.

“Palestin sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati negara dan rakyat kami,” ujarnya.

 

Kerajaan Turkiye turut menyatakan pandangan mereka terhadap serangan Israel dengan jelas dan tidak berbelah bahagi. Erdogan memaklumkan bahawa pihaknya menyampaikan sensitiviti dan jangkaan isu-isu tersebut kepada rakan sejawat Israel secara lantang dan terbuka.

“Saudara Palestin menyatakan bahawa langkah ini akan menyumbang kepada penyelesaian isu negara tersebut dan memperbaiki keadaan rakyat di Palestin.”

Mengulas lanjut, Erdogan berkata, bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada Palestin juga diteruskan namun Palestin tidak termasuk dalam beberapa sekatan Turkiye bagi melindungi keselamatan makanan negara tersebut berikutan perang Rusia-Ukraine.

Selain bantuan berkenaan, Turkiye juga meneruskan pemberian bantuan kewangan dan makanan kepada Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin (URNWA) seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Kami juga menyokong institusi Palestin dalam bidang seni dan budaya serta menggalakkan pelancongan ke Palestin, terutamanya ke Baitulmuqaddis,” ciapnya.

Beliau mengakhiri ciapannya dengan mengatakan, “Penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota, berdasarkan ketetapan PBB, adalah satu keperluan untuk keamanan dan kestabilan seluruh wilayah kita.”

Samudera.my sebelum ini melaporkan bahawa Rejim Haram Apartheid Israel dan Turkiye memutuskan untuk menormalisasikan kembali hubungan diplomatik antara kedua negara sepenuhnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: