Antarabangsa

Hubungan Rusia-China Terbaik – Putin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 08 JULAI 2024 – Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengeluarkan kenyataan bahawa Moscow dan Beijing kini sedang membina hubungan yang berdasarkan kebersamaan serta saling hormat menghormati demi kepentingan rakyat mereka.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu berlangsungnya sesi mesyuarat dengan rakan sejawat beliau, Xi Jinping.

Kedua-dua pemimpin tersebut telah bersama dalam sebuah mesyuarat yang panjang, selain daripada menghadiri persidangan Shanghai Cooperation Organization yang berlangsung di Astana, Kazakhstan pada Rabu lalu.

Ujar Putin, “Kami telah berulang kali menyatakan dengan sebab yang baik bahawa hubungan Rusia-China, hubungan menyeluruh serta strategik kini sedang melalui tempoh yang terbaik dalam sejarah”.

Manakala Jinping pula turut membuat ulasan mengenai perkara yang sama dengan menyatakan bahawa pertemuan-pertemuan yang mereka hadiri itu bukan “semata-mata tradisi kami yang bagus, namun ianya juga adalah simbol bagi tahap tinggi akan hubungan yang dinikmati oleh Rusia-China itu”.

Kedua pemimpin tersebut telah bersetuju untuk memperkasakan lagi hubungan mereka dalam menjaga kepentingan sah kedua negara tersebut, yang mana Putin menyifatkannya sebagai “faktor kestabilan utama dalam pentas antarabangsa”.

Putin turut menyokong kedudukan China sebagai pengerusi persidangan tersebut bagi sesi 2024-2025 “dalam setiap sudut”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: