Antarabangsa

Hubungan Ekonomi Israel-Turki Semakin Erat, Tanda Normalisasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 10 Julai 2022 – Menteri Ekonomi dan Industri Israel, Orna Barbivay mengumumkan keputusannya untuk membuka semula pejabat Kementerian Ekonomi dan Industri Israel di Istanbul, Turki mulai 1 Ogos ini.

Keputusan itu dibuat setelah kejatuhan hubungan diplomatik antara kedua negara tersebut selama bertahun-tahun, lapor media Israel Ynet.

“Langkah itu juga merupakan manifestasi sebahagian daripada komitmen Israel untuk mengeratkan lagi hubungan ekonomi dengan Turki,” ujar menteri itu.

Tambahnya lagi, tindakan berkenaan dapat membantu lebih 1,500 syarikat Israel yang sedang mengeskport ke pasaran Turki sekali gus mengukuhkan lagi operasi perniagaan mereka di negara tersebut.

“Turki adalah ekonomi perdagangan asing yang penting bagi Israel. Kedua-dua negara mempunyai perjanjian perdagangan bebas yang memudahkan akses penting bagi pengeksport ke pasaran. Pembukaan semula pejabat tersebut akan membantu merealisasikan potensi yang wujud untuk kebaikan kedua-dua negara,” jelas Ohad Cohen, Ketua Pentadbiran Perdagangan Luar Negeri di Kementerian Ekonomi Israel.

Orna Barbivay turut menekankan bahawa Turki ialah antara rakan dagang dan destinasi eksport terpenting dalam ekonomi Israel pada tahun 2021.

samudera.my sebelum ini melaporkan bahawa Presiden Israel, Isaac Herzog menerima jemputan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan kedua negara bersetuju membina kembali hubungan mereka selepas ketegangan 14 tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: