Tempatan

AMARAN Angin Kencang Dan Laut Bergelora Berkuat Kuasa Hingga 3 Januari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2022 – Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 3 Januari 2023.

Ramalan cuaca signifikan itu dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada petang ini berdasarkan analisis model-model cuaca.

Jelasnya, angin kencang timur laut dijangka memasuki rantau negara bermula 30 Disember 2022 dan berpotensi membawa angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

Selain itu, METMalaysia mengenalpasti penumpuan angin yang dijangka berlaku di barat Sarawak pada 30 – 31 Disember 2022 yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan berkenaan.

Justeru, METMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan melibatkan negeri Sarawak berkuat kuasa pada 30 – 31 Disember 2022.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: