Tempatan

Sistem Pendidikan Negara Akan Cacamarba Jika UEC Diluluskan – Dr Iskandar Tan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 10 September 2021- Sistem pendidikan negara akan menjadi cacamarba sekiranya UEC diluluskan, kata Dr Iskandar Hasan Tan bin Abdullah.

Jika UEC diluluskan, berkemungkinan sistem pendidikan negara-negara lain juga boleh mendesak untuk diabsahkan di negara ini, dan negara kita mungkin terpaksa meluluskannya.

“Malahan pada masa hadapan, kerajaan tidak lagi mampu menghalang atau menyekat mana-mana sistem pendidikan jika ingin dilaksanakan kerana mengikut precedent kes UEC.”

Dan ini bermakna negara tidak lagi mempunyai satu sistem pendidikan kebangsaan pada dekad akan datang disebabkan wujudnya kepelbagaian sistem pendidikan.

Kesannya, pembinaan jati diri anak bangsa untuk menyelami satu jiwa, satu bahasa, satu bangsa bakal menemui jalan kebuntuan dengan kewujudan kepelbagaian sistem pendidikan jika UEC dilaksanakan dan diterima pakai.

Tambah pensyarah UiTM ini lagi, sistem UEC ini juga akan mempunyai kuasa autonomi ekslusif yang tidak boleh dicerobohi oleh keputusan kerajaan berbanding sistem Pendidikan Kebangsaan yang dikawal sepenuhnya oleh keputusan kerajaan.

“Sudah tentu timbul juga persoalan mengenai isu peruntukan kerajaan yang turut berhak diberi kepada UEC jika ia diluluskan, dan situasi ini akan merugikan sekolah kebangsaan kerana peruntukan perlu dibahagikan atau dikurangkan.”

Ujar beliau, perjuangan untuk menegakkan soal pendidikan negara dan Melayu Islam kini terpulang kepada keputusan di tangan kepimpinan kerajaan. Rakyat hanya dapat memerhati dan menafsirnya mengikut persepsi masing-masing.

Maka, di sinilah UMNO perlu bijak menggunakan kesempatan masa ini untuk membuktikan bahawa parti UMNO adalah parti keramat Melayu yang secara tegasnya menolak untuk meluluskan UEC ini.

“Natijah yang salah di atas hasil keputusan tangan kepimpinan kerajaan hari ini sudah pasti bakal memberikan kejutan dalam keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: