Tempatan

Judi Online: Keuntungan Cecah RM30 Ribu Sebulan, 7 Warga Tempatan Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 03 April 2023 – Seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pengendalian perjudian atas talian yang memperoleh keuntungan mencecah RM30,000 sebulan.

Menerusi siaran media Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman bin Ahmad Sapri berkata, sepasukan polis daripada IPD Kuching berjaya menahan tujuh lelaki itu bersama enam lelaki warga asing dalam lingkungan umur 18 hingga 36 tahun.

Kesemua individu merupakan operator pengendalian perjudian online yang menerima bayaran gaji sebanyak RM1,500 sebulan selain mendapat bayaran bonus berdasarkan peratus keuntungan yang diperolehi sindiket.

“Kesemua suspek yang berjaya ditangkap merupakan operator yang telah diupah untuk mengendalikan pusat tersebut dan akan membuat panggilan kepada pelanggan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan perjudian atas talian,” ujar Mohd Azman.

BACA JUGA: Lombong Tasik Chini Masih Terhakis

BACA JUGA: Laluan Utama Jalan Terengganu-Kuantan Ditutup Mulai Esok

BACA JUGA: Orang Melayu Sendiri Label Orang Sebagai Religious Bigot

Selain itu, semua suspek juga mempromosikan kegiatan jenayah ini melalui aplikasi dan laman sosial seperti Whatsapp, Telegram, Wechat, Skype dan juga Facebook.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati bahawa pusat tersebut beroperasi secara syif 24 jam sejak 3 bulan lalu. Rekod dan transaksi yang disemak pula mendedahkan jumlah keuntungan kasar sindiket itu mencecah RM1,000 sehari dan RM30,000 sebulan.

Kini pihak polis sedang mengesan pemilik sebenar kediaman yang diserbu dan turut merampas pelbagai peralatan termasuklah 9 unit komputer, 9 unit pemprosesan komputer (CPU), 26 buah telefon bimbit, router, modem dan peralatan lain yang digunakan dalam kegiatan jenayah itu.

Tambah Mohd Azman, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana jika sabit kesalahan penjenayah akan didenda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 serta hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 3 tahun.

Mereka juga boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas.

“Permohonan remas ke atas kesemua tangkapan telah diluluskan selama (04) hari sehingga 07/04/2023 oleh YA Majistret Mahkamah Kuching,” memetik kenyataan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: