Tempatan

Hospital Tuanku Ja’afar Dihentam Abaikan Kebajikan Pesakit

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 21 Mac 2022 – Gempar di media sosial keadaan seorang pesakit yang melepuh di badan dan berkudis di bahagian kakinya selepas dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJS), Seremban.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh waris pesakit itu sendiri di laman Facebook, Jahidah Nordin yang dimasukkan ke wad 6A HTJS bulan Januari lalu kerana jangkitan kuman yang tinggi dilihat melepuh di bahagian anggota tubuhnya selain kurus kering.

BACA: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin

BACA: Petisyen Bantah Operasi Hospital Cyberjaya Secara Kerjasama Awam-Swasta

BACA: Hospital Bera Dibuka April Ini

“Aku hantar dengan keadaan elok tapi bila aku jemput dengan keadaan yang tak terucap dengan kata-kata…kurus kering, badan berdaki hitam, bedsore teruk…kakak aku ni manusia, bukan binatang,” kata Fauziah Nordin, adik kepada Jahidah.

Jahidah Nordin yang tidak boleh bercakap dan hanya boleh terlantar merupakan mangsa keganasan rumah tangga. Beliau sebelum ini koma kerana mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas dibelasah oleh suaminya.

Fauziah dalam hantarannya berkata, “Dalam pekerjaan pun ada amanah dan tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul…apa nak jawab kat akhirat esok? Dari sakit bertambah sakit…”

“Jangan ingat kita sentiasa akan sihat selamanya…dan jangan ingat kami takkan sakit satu hari nanti. Terima semua yang kat wad 6A HTJ Seremban kerana ‘menjaga’ kakak sampai macam ini,” katanya lagi.

Berikutan kejadian ini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dilihat telah mengeluarkan kenyataan media sebagai respons kepada kejadian video tular ini.

Dato’ Dr Harlina Binti Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) menyatakan bahawa satu pasukan khas yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan telah memulakan siasatan dalaman bagi menyiasat isu ini dengan teliti.

“Pihak JKNNS memandang serius isu ini dan memohon semua pihak untuk tidak membuat sebarang andaian sehingga siasatan dalaman ini selesai sepenuhnya. JKNNS akan memaklumkan perkembangan kes ini dari semasa ke semasa.”

Tinjauan di bahagian komen media sosial mendapati ini bukan kejadian pertama yang berlaku melibatkan kebajikan pesakit di hospital tersebut.

“Sama kes macam arwah adik ipar saya dulu…duduk hospital HTJ htj 3 bulan…last dekat ICU…diorang tak bagi orang jaga…masa hari nak meninggal doktor beritahu ada backsore dekat blkg nak kena operate ke tampal macam tu lah…dah teruk dalam…pagi doctor cakap…suruh adik saya sign letter petang dia meninggal…adik saya mengamuk dekat doktor tanya kenapa tak beritahu dah teruk macam tu baru nak bagi tahu itu pun sebab nak operate…kalau tidak sampai ke sudah tak maklumkan…akhirnya sebab jangkitan kuman dari backsore tu jadi penyebab.”

Kata seorang lagi pengguna media sosial, “Dulu arwah abah pun macam itu… Kita dahlah tak boleh masuk…Makanan pun guard yang hantarkan…Seminggu abah duduk hospital kurus kering…Abah kata kenapa tak datang bagi dia makan…Sedih betul…Keluar hospital dapat juga aku jaga abah selama seminggu…Hari Jumaat abah meninggal…Allahuakbar…Allah saja yang tahu apa yang berlaku sebenarnya…”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: