Tempatan

Projek Tebatan Banjir Disegerakan – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEGAMAT, 06 Mac 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM600 juta ke atas diluluskan dan disegerakan mulai Jun ini.

“Kita putuskan projek mahal RM600 juta atau lebih untuk RTB akan disegerakan. Itu kita lulus dan akan segerakan.”

Katanya, keputusan itu diambil bagi mengelakkan bencana banjir berulang semula sekali gus menjejaskan rakyat.

BACA JUGA: Dua Ceramah Ustaz Wadi Annuar Di Selangor Dibatalkan

BACA JUGA: SOSMA: Lebih 600 Orang Ditangkap Tahun Lepas – Menteri KDN

BACA JUGA: Langgar Etika Pengarahan, FDAM Mahu Pengarah ‘Mentega Terbang’ Mohon Maaf

Walaupun begitu, ia harus melalui proses tender semula.

“Tempoh hari saya tangguh sebentar (projek RTB) kerana kita tidak mahu peruntukan untuk bantu rakyat ada ketirisan, ada kecurian.”

“Saya dah minta ia disegerakan, maksudnya Jun harus ‘take off’ projek RTB. Kita tangguhkan dulu kerana ada masalah,” katanya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Tengah.

Dalam pada itu, Anwar memperingatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak mengambil peluang atas peruntukan semasa banjir atau darurat atau apa jua masalah dihadapi rakyat untuk habuan tambahan.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat menjadi tiga daerah yang diberi keutamaan dalam melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) akan datang.

Jelasnya, pemilihan itu dibuat selepas tiga daerah itu dikenal pasti paling teruk terjejas setiap kali berlakunya banjir di negeri itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: