Tempatan

Banjir Baling: Jambatan Bailey Dibina Dua Bulan Lalu Rosak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BALING, 07 September 2022 – Banjir di Kampung Iboi semalam telah menyebabkan jambatan Bailey yang dibina dua bulan lalu rosak, menurut tinjauan yang dilakukan.

Selain itu, jalan yang menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi juga terputus akibat banjir yang sekali lagi melanda Baling, susulan hujan lebat yang berterusan sejak pukul 5 petang semalam.

Justeru, kedua-dua laluan tersebut kini ditutup daripada dilalui orang ramai bagi kerja-kerja baik pulih jambatan yang sedang dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penutupan itu termasuk bagi memudahkan kerja mengalihkan puing seperti kayu dan akar oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), selain usaha mendalamkan sungai menggunakan jengkaut dan jentolak.

Dua bulan lalu, jambatan Bailey yang menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi, Baling di Kedah telah dibina bagi menggantikan jambatan yang roboh akibat banjir kilat dan tragedi kepala air yang telah mengorbankan tiga sekeluarga serta menghanyutkan tujuh buah rumah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: