Hospital Cyberjaya Bakal Beroperasi Sebagai Hospital Awam
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 29 Ogos 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Hospital Cyberjaya akan beroperasi secara berfasa sebagai Hospital Awam bermula pada Februari 2023 tertakluk kepada kelulusan peruntukan mengurus (OE) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Menurut Ketua Setiausaha KKM, Encik Wan Hashim, perkara berkenaan diputuskan ekoran dari ketiadaan pembida yang telah menghantar dokumen Request For Proposal (RFP) dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Dalam surat edaran rasmi itu juga, KKM menyeru pihak berkenaan agar membuat perancangan awal dan persiapan lanjut bagi melaksanakan pengoperasian Hospital Cyberjaya.
Antara persiapan yang perlu dibuat adalah termasuk dengan mengenal pasti sumber manusia serta kesiapsiagaan fasiliti serta ketersediaan perkhidmatan kesihatan, Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH), ubat-ubatan, keselamatan, ICT dan lain-lain.