NGO

Aminuddin Yahaya Letak Jawatan Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Terima Kasih Haji Aminuddin Yahaya Atas Bakti Sebagai Pengerusi PEMBELA

1. Sekretariat Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), setelah bermesyuarat pada 5 Oktober 2022, telah mencapai keputusan sebulat suara untuk menerima perletakan jawatan Tuan Haji Aminuddin Yahaya sebagai Pengerusi Sekretariat PEMBELA.

2. Seluruh Ahli Sekretariat dan NGO-NGO di dalam gabungan PEMBELA ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas segala jasa, sumbangan serta pengorbanan yang telah dibuat oleh Tuan Haji Aminuddin Yahaya sepanjang tempoh khidmat beliau di dalam Sekretariat.

3. PEMBELA kekal menjadi gabungan NGO yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dan meneruskan perjuangan untuk kedaulatan Agama Bangsa dan Tanah Air melalui platform NGO.

4. Sekretariat juga telah membuat keputusan untuk melantik Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar bagi menjalankan tugas-tugas Pengerusi PEMBELA berkuatkuasa 5 Oktober 2022 selama sebulan.

5. Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar bersama barisan ahli Sekretariat sedia ada akan mengetuai penstrukturan semula dasar, polisi, hala tuju dan keanggotaan Sekretariat PEMBELA dalam tempoh yang telah ditetapkan tersebut bagi memastikan PEMBELA meneruskan kesinambungan perjuangan untuk kedaulatan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

6. Hal ini penting bagi PEMBELA kekal relevan menjadi wadah perjuangan ummat. Barisan pimpinan yang dimanahkan itu juga akan bermesyuarat dengan gabungan PEMBELA bagi melantik pimpinan baharu PEMBELA nanti.

7. Seluruh Ahli Sekretariat PEMBELA mendoakan agar segala usaha yang diberikan Tuan Hj Aminuddin Yahaya dan Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air terus mendapat keredhaan Allah SWT, sokongan aktivis yang seangkatan dan seluruh rakyat Malaysia.

8. Saya menyeru kepada semua untuk terus menyokong semua inisiatif dan aktiviti PEMBELA demi untuk agama bangsa dan tanah air

MAHMUD HISHAMUDDIN ABDUL RASHID
SETIAUSAHA AGUNG

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: