Tempatan

Hormati fatwa pihak berkuasa agama

Akhir-akhir ini semakin kerap kita melihat polemik yang timbul dalam kalangan ilmuwan dan asatizah berhubung sesuatu isu hingga menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat awam, siapa yang perlu diikuti dalam isu tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan lagi apabila fatwa-fatwa yang telah diputuskan dalam Majlis Fatwa Negeri atau Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak diendah pun oleh segelintir masyarakat. Sebaliknya, mereka mendengar pandangan yang diberikan oleh segelintir ilmuwan atau asatizah pilihan mereka sehingga menimbulkan polemik dan kekeliruan dalam hukum-hakam.

Kita mendengar beberapa pandangan yang cuba menimbulkan keraguan terhadap status halal vaksin Covid-19 yang akan tiba ke tanah air sedikit masa lagi. Ia sudah tentu memburukkan lagi persepsi terhadap Covid-19 yang selama ini diselubungi pelbagai persoalan berhubung punca muncul virus ini sama ada sebenarnya daripada makmal senjata bioteknologi di China, atau makanan eksotik dari pasar basah Wuhan, selain pelbagai teori konspirasi lain seperti dibawa oleh kumpulan Iluminati, Yahudi-Zionis, China dan bermacam-macam lagi.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Leave a Reply

Back to top button